Wednesday, January 18, 2012

#4 WW: never say never..

assalam






p/s counting da day.. =)

adios~


Tuesday, January 17, 2012

pergi tak kembali... ;(

salam

hujan renyai seakan mengajak diri untuk terus mengabdikan diri padaNya malam ini. tiada ketenangan lain yg paling indah selain pada tika ini. segala masalah dan sesak dalam kepala hilang mengundur diri. perasaan hamba menebal dalam setiap urat darah. betapa besar kehebatanNya si pencipta. 

sedang kaki melangkah dalam malap lampu meja study untuk mengambil naskah al quran dan terjemahan, deringan telefon merengek minta di angkat..

"hehe. eh, kau tak tidur lagi? dah pukul 4lebih kut.."

"apa jadahnya kau call time2 camni. aku baru selesai solat. nak baca quran pulak. kau ni pehal tiba2. kau mimpi apa tadi? hehe"

"banyak la kau mimpi. eh, kau baru solat isyak ke. apa kes ni lambat sgt.. adoi.."

"ish kau ni pun. mana ada. solat malam la. kan kau yg galakkan aku solat malam.. suara kau ni semacam je kenapa? kau sakit ke?" 

"haha. mana ada. aku ok je. aku senanya..."

"apa?"

"mak aih, garang kemain. hehe. aku senanya rindu kau.."

"amboi! haha. aku pun rindu kau jugak. kau pehal ni, mimpi apa ni? habaq mai.."

"takde pape la. rindu kau la. salah ke. kau sayang aku tak?"

"wah, soalan ceputembaga. haha. yela2 aku sayang kau jugak. sayang sangat2.. dah la kau pegi tido la.. kang aku bagi motibasi kang mula nak bebel"

"hehe. ko nak bagi motibasi pon ok jugak. kang aku dah takde mesti kau rindu nak bebel kat aku kan.. hehe. weh, aku nak dengar kau baca quran bole x?"

"apa jadah plak kau ni tetiba.. segan laa. dah2. kau pegi tido"

"ala, kali ni je. nanti dah tak bole dengar.."

"apa ntah ku mepek. hmm. yela2.. aku loudspeak. kang ada bacaan aku salah kau tegur la ye. puas hati kau?"

"hehe. oret2.. kau ngaji je, aku tak kacau.."

--------------------------------------------------------------------------------------------

esoknya.. sekitar 8pagi

telefon merengek lagi minta diangkat..

"hello, assalamualaikum. akak ** ya?"

"ya saya. ni siapa?"

"ni adik *****. saya call ni nak bagitau akak yg ***** dah takde, subuh tadi."

"eh. betul ke ni? baru pagi tadi kami borak2.. innalillah..."

"betul kak. ajal abang dah sampai. saya tau akak banyak tolong abang sepanjang abang sakit. mak suruh saya call akak. kami ada kat sebelah abang masa abang call akak sebelum subuh tadi.."

allahuakbar! 

"adik, akak tak tahu pun si ***** sakit. maaf ya. akak usahakan balik jenguk arwah nanti. adik dan family sabar ye. kirim salam kat mak. ada pape nanti bagitahu akak."

---------------------------------------------------------------------------------------------



p/s moga kau tenang di sana ;(

adios~

Sunday, January 15, 2012

sy syg awk, sampai bila-bila =)

assalam

dah lama kita tak bersua kan awk? masakan tidak, sudah bertahun lamanya sejarah terkubur. entahkan mengapa hari ini pintu hati tergerak untuk stalk awk. dah lama sangat tak buat macam ni. yelah. sejak Allah tetapkan hati yg sering berbolak balik ni untuk terus teguh dengan pendirian, perasaan tu sy tinggalkan jauh2. jauh di sudut hati. sy tahu ia masih bersisa, masih berbaki. sengaja dibiarkan ia lesu sendirian. kerana sy tahu, bila tiba saatnya, bila tepat waktunya, ia akan kembali bersinar.

eh, awak single lagi ke? hari tu bukan main dengan bangganya cakap dah ada calon lain. awak tahu tak, waktu awk ungkapkan ayat2 pahit tu, entah mengapa hati sy menjadi kuat. walaupun agak terkejut dengan jawapan yg awk ujarkan, tapi diri seakan gah, kesedihan hanya untuk beberapa minit. hebat kan kuasa Allah. sebab waktu tu sy bukan sekadar mengetahui janji Allah pasti tiba, tapi sy yakin yg amat, setiap janji itu akan menjadi realiti. indahnya bila bersangka baik pada Allah. kan awk kan? =)

sihatkah awk sekarang? dari jauh sy doakan awk sentiasa di bawah lindunganNya. bahkan, setiap hari, di setiap doa setelah solat, nama awk tidak pernah lekang dari doa sy. mungkin awk tak percaya. mungkin awk dah permanently delete sy dari memori awk. takpe, Allah Maha Tahu kan. sy yakin dengan apa yg sy buat. sy ikut apa kata hati. dan so far, sy nampak kebaikannya bila sy berbuat demikian. positively, bila Dia katakan jadi, bila itu yg telah tertulis di luh mahfuz, tidak akan ada sebesar zarah pun halangan yg dapat menghindarinya.

dari mata kasar sy, awk nampak bahagia. senyuman tu.. buat sy rindu. tapi sy tahu, mungkin ada yg lebih layak untuk menatap senyuman tu setiap hari. kadang2 hati berdebat kuat, persoalan "gembirakah aku dengan kebahagiaanmu di sisi yg lain?". tatkala itu yg berlaku, jantung berdegup kencang. hati tidak keruan. dan penawarnya hanya satu, solat dan al Quran. then, senyuman positif kembali terukir. hebat kan penangan mereka. mendamaikan, tenang, ombak hati kembali reda.

awk masih tak berubah. maaf. luaran. hati? hanya Allah yg dapat menilai kesucian hati hambaNya. cara pemakaian, tabiat, warna kegemaran, masih seperti dulu. tersenyum sendirian melihat telatah awk. ramah, gurauan awk.. moga mereka yg selalu di sisi awk bahagia dan menerima awk seadanya.

apa yg dah berlaku, tidak dapat kita undurkan masa. tapi, apa yg bakal berlaku, hanya Dia yg akan mengaturkan. dan sy yakin, sy pasti, bila masanya tiba, doa sy akan dimakbulkan. bukankah Allah akan perkenankan doa hamba2Nya.. =)






p/s sy sayang awk. sayang sgt2.. sampai bila2.. =)

adios~

Saturday, January 14, 2012

cinta: mencari atau menjadi?

assalam



pernah baca tak? sama2 berkongsi.. :)





“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
kan ? :)


p/s FYP mood. Kau permudahkan urusanku Ya Allah..

adios~

Monday, January 2, 2012

ketika bunga di taman sebelah lebih indah...

assalam




Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain.

Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi.

Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita

Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.

Apa alasan Allah sebenarnya?

kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri  yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.

Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.

Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna kerana engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Suatu pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami melotot. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain.

Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan  dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan.

Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.

Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya..

Jangan pernah kita sakiti hatinya

Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu..

Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering

Cinta tidak akan abadi jika diantara kita

Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian

dan Cinta akan hancur

Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu..

Jagalah hati pasangan kita masing – masing

Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya

dan cinta juga boleh memberikan semangat..

Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati..

bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau..

kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya..

janganlah sekali – kali  engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..

kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya,

maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan..

melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat.

Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat

apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..

Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…





p/s final exam mode! fighting syg! =)

adios~

cb


ShoutMix chat widget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...