Monday, August 29, 2011

kenangan terindah =)

salam

selesai suda terawih terakir di bulan mulia penuh barakah tahun ni. siyes, macam2 pengajaran dapat sepanjang ramadan ni. banyak sangat. speechless. biar hanya terbuku di hati. cukup sekadar Dia yg mengetahui. =)

semalam diimamkan abo lagi. semakin bersemangat untuk berjemaah. lunak suara tu, mendamaikan kalbu. nanti pasti akan rindu berjemaah macam tu lagi, diimamkan abo lagi. kan? insyaAllah jika berkesempatan bertemu ramadanMu lagi.. :)



tiap malam macam biasa, sebelum lelap sesi muhasabah akan bermula. teringatkan suara alunan indah dari insan tersayang, berderai air mata. entah kan bila dapat menandingi suara itu mengalunkan ayat suci Al Quran.

tiba2 teringat zaman kecik2 dulu. dulu pernah belajar mengaji dengan abo. garang sangat. bila selalu ulang salah sama setelah ditegur, abo tinggikan suara. kecut perut. sampai menangis pon ada. hehe. sampai satu tahap umi kena duk sebelah, temankan. kelakar pon ada. haha

bile da kena marah, paling best bile ciap mengaji abo akan masuk bilik sy, lepak2 atas katil sambil cari modal tuk cakap2. kiki. (kononnya nak pujuk laa kut. tapi bukan selalu pon ada adegan camni, sebab selalu sgt kena marah.. haha)

alhamdulillah. sekarang da boleh mengaji dengan elok. walaupon masih banyak yg perlu dibetulkan.

masa sekolah dulu ada kelas mengaji tiap ujung minggu. biasa la budak asrama penuh.. ujung minggu pon ada pengisian. pernah ustazah tu tanya belajar dengan sape boleh baca quran camtu. sambil senyum lebar sy jawab "belajar dengan abo, kat umah".. bangga bai.. haha. bukan bangga ustazah tu puji bacaan sy elok, tapi bangga sy belajar mengaji dengan abo. hehe

ok done dengan cerita semalam. alkisah bakal bersambung insyaAllah =)

ops! sempena syawal yg bakal kunjung tiba; selamat hari raya bloggers! maaf kalau ada salah silap dan terkasar bahasa. =)

Aku lihat Ramadan dari kejauhan....
Lalu ku sapa ia," Hendak kemana? "
Dengan lembut ia berkata,
" Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. 

Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmim.
Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, 
peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa.
Itupun Syawal ..ia sudah tiba. ".....
Ku lihat Ramadan pergi ... jauh........
' Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ? '




p/s layakkah aku ya Allah.. ;(



adios~

4 umat doakan syafa bahagia =):

Muhammad Alif Bin Bohari said...

Salam aidilfitri..^_^

said...

sedihnya ramadhan nak pergi.. =.=

syafa said...

@Muhammad Alif Bin Bohari.. selamat hari raya :)

syafa said...

@.. hakikat yg terpaksa kita terima. setiap permulaan akan ada pengakhiran. kan? :)

cb


ShoutMix chat widget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...