"jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yg ma'ruf serta berpalinglah dari orang2 yg bodoh" surah al-a'raf: 199
pernah tak kite terasa jengkel (annoying) terhadap sum1 yg pernah dekat dengan kita?
sedarlah syg.. adalah tidak wajar untuk menjauhi saudara/kawan/pakwe/makwe/kaum kerabat hanya kerana satu atau dua kebiasaan buruk yg tidak boleh diterima, sementara selebihnya adalah kebaikan.
maafkanlah. kerana tidak mungkin wujud mr/mrs perfect dalam dunia ni. sehinggakan mereka yg dianggap sempurna jua tidak akan dapat lari dari sebarang dosa atau aib.
bersedialah menerima sebahagian daripada tabiat insan sekeliling mu kelak tabiat kamu juga akan diterima mereka.
janganlah hanya kerana satu dosa/aib tersembunyi yg boleh ditutupi dengan kebaikannya yg lebih banyak, kamu menjadi jauh dari seseorang yg pernah kamu puji latar belakangnya, kamu terima cara hidupnya, kamu ketahui kemuliaannya, dan kamu ketahui kemampuan berfikirnya. kerana kamu tidak akan mendapat seseorang yg sempurna tanpa satu aib/dosa.
cuba letakkan diri kamu pada tempat insan yg menjengkelkan kamu tadi, bukankah kamu akan melihatnya dengan redha dan tidak menilainya dengan pandangan hawa nafsu.
apabila kamu meletakkan diri pada tempatnya dan menilainya, ada sesuatu yg boleh membantu kamu mendapat apa yg diinginkan dan mendekatkan diri kamu kepada si pendosa.
adios~



0 umat doakan syafa bahagia =):
Post a Comment