Tuesday, September 6, 2011

BIO OIL bukan sekadar untuk hilangkan parut okeh! =0)

salam

lokasi 1: umah mak yah (beraya umah sedara mara j cam taun2 sudah! haha)

sedang melepak sambil berciap untuk solat zohor.

"dik, ko guna krim apa skang?"
"takde pakai pape. guna bio oil jek"

ceh. bio oil j? tak percaya laa. 


blah dgn muke tak percaya. padahal kagum dengan perubahan muka adik sy ni. hehe. nampak cerah cket. clean & clear gitu =0)

lokasi 2: kedai makan; nasi kerabu ala thai. siyes ayam bakar n daging bakar dia sedap! =) (odw balik rumah lepas jemput abo dari airport)

si akak sedang belek newspaper sementara tunggu nasi kerabu kitorang sampai.

"eh, eh. bio oil guna untuk make up? biaq betol! camana nak guna?"

pertanyaan dibiarkan sepi. ceh! sampai ati taknak layan aku! huh


dah orang tak nak layan sy baca sendiri jela. tapi sekadar baca note paling pendek ruangan tu. pemalas! haha

situasi 3: lepak depan umah dengan umi (sambil habiskan stok biskut raya! haha)

umi tengah baca newspaper. paper lame actually. artikel pasal bio oil lagi

"eh, eh. bio oil? camana dorang guna bio oil tuk make up umi?"

"aah. adik kau pon guna bio oil j skg. sebagai pelembap muka. bla.. bla.. bla.."

wah! semakin bersemangat nak apply bio oil kat muka! haha. actually da lame da guna bio oil. dulu beli lepas jatuh motor, konon utk hilangkan parut luka dari eksiden dulu. alhamdulillah parut tu makin pudar.

sekarang baru tahu rupanya bio oil turut digunakan untuk solekan.  hasil daripada kerja meng'google', ini antara yg sy dapat:


Pakar penjagaan kulit untuk:
1.      Parut
2.      Bekas kulit teregang
3.      Ketidakseragaman warna kulit
4.      Penuaan kulit
5.      Kulit kering
Keistimewaan bio oil
1.      Hasil yang terbukti secara klinikal
2.      Vitamin A dan E
3.      Minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil
4.      Tidak berminyak dan penyerapan yang cepat
5.      Sesuai untuk kulit yang sensitive
6.      Tiada pengawet
7.      Halal
MINYAK pati memainkan peranan yang semakin penting dalam amalan penjagaan kecantikan kulit untuk wanita yang ingin memiliki kulit cantik dan wajah tanpa cela.
Malah, lelaki zaman kini turut mementingkan paras rupa dan berusaha untuk memberikan penampilan terbaik dengan bantuan produk penjagaan kulit.
Antaranya adalah penggunaan Bio-Oil, minyak pati serba guna, yang membantu untuk mengurangkan kesan parut.
Bio-Oil bukan saja dinobatkan sebagai produk parut dan kesan regangan nombor satu, tetapi produk penjagaan badan nombor satu di United Kingdom.
Ia memiliki pelbagai manfaat, daripada membantu memperbaiki kesan parut sehingga mengurangkan kesan regangan dan menyamaratakan warna kulit.
Namun, dari sehari ke sehari, lebih banyak kegunaan baru ditemui. Ia turut membantu menggantikan minyak semula jadi kulit, memastikan penghidratannya dan bertindak dengan cekap untuk merawat kesan penuaan dengan menegang dan melicinkan kulit muka dan badan yang kendur dan berkedut.
Tanpa diketahui ramai, Bio-Oil juga bermanfaat membantu mengurangkan kesan gigitan serangga, pancaran matahari, penuaan, kesan jerawat, kegatalan, kulit melecur serta parut parut akibat demam campak
Bio-Oil yang lahir di benua Afrika ini diluluskan dari segi ujian kulit sensitif dan hipoalergenik, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.
selamat mencuba readers! =0)

p/s tak sangka da jadi final year student! kihkihkih. semoga dipermudahkan segala urusan =)

adios~


9 umat doakan syafa bahagia =):

SoLy SoLicious said...

wah..nak cuba jugak lah..heeee

budakijaupendek said...

betul.
ramai cakap bio oil ni bgus. hehe

abah khalisha said...

mak dulu pernah accident guna bio oil ni lah letak kat muka..alhamdulillah wajah mak abah dah kembali ok dah..hilang parut
Work in progress

shalina said...

dulu penah pakai letak kat parut pastu lame2 pemalas plak..tapi kalau boleh letak kat mue then hilangkan jerawat, nak guna balik la ! hahaahaa :DD . thx for the info..heee

syafa said...

@SoLy SoLicious..xrugi mencuba utk kebaikan bersama kan :)

syafa said...

@budakijaupendek..sekadar berkongsi pengetahuan :)

syafa said...

@abah khalisha.. testimoni yg bagus. haha. kdg2 amik masa ckit tu parut tu hlg kan. tapi alhamdulillah, beransur ilang :)

syafa said...

@shalina.. ilangkan parut jerawat bole kut. skg tgh guna sbg pelembap. bio oil ni name j minyak tapi cepat meresap n tak berminyak pon! :)

hasniah said...

dah pakai dah,tp tak jd pn ngn kulit sy.n then sy pkai mederma..oke gok produk ni. :)

cb


ShoutMix chat widget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...