cantik. sesuatu yg sangat subjektif bukan. secara kasarnya cantik dipandang dari segi luaran. tafsiran sesama manusia. dari segi pemakaian, pergaulan, percakapan dsb. kecantikan menjadi cermin bagi kita sesama umat. menjadi bahan ukuran sesama makhluk.
hati. allah melihat kepada kejernihan hati hambaNya sebagai penilaian. jika jernih hatinya, eloklah balasannya. andai keroh warnanya, demikian jualah yg akan diterima kelak.
seringkali kita mahu kelihatan cantik di mata manusia semata. sekadar sesama makhluk. tanpa berusaha mencantikkan hati untuk tatapan ilahi.
hakikatnya. hati yg cantik akan turut mencantikkan personaliti luaran dirimu syg. usah dikejar sesuatu yg akan hilang tanpa meninggalkan impak berkekalan. seadanya berusahalah untuk menjernihkan hati agar diri sentiasa di bawah rahmatNya. kan?
nak cantikkan penampilan agak senang sekadar mengenakan perhiasan yg terbaik untuk diri. tapi untuk touch up hati agak sukar. kerana ia berkait rapat dengan sikap yg sudah sebati dalam diri. ringkasnya tak semua umat yg bertudung litup memiliki hati yg bersih. mungkin disebabkan sikap dalaman yg diri sendiri tidak sedar banyak menyakitkan hati insan sekeliling.
ayuh bangunlah kawan! usah berpurdah sekadar untuk hipokrit. lindungi hatimu terlebih dahulu. jaga sikap pergaulan mu yg utama. pasti! akidah mu akan terpelihara. jua penampilanmu terjaga dan disenangi. =)
kadang ada yg lebih gemar untuk berdampingan dengan umat yg berketerampilan biasa2 sahaja berbanding umat yg cukup menutup segalanya. kenapa? kerana sikap yg membezakan. hati yg baik akan mampu menjaga sensitiviti dan perasaan umat disekelilingnya. hati yg jernih akan sentiasa alert dengan hal2 yg tidak menyenangakn umat lain. jua akan sentiasa berusaha berubah kepada kebaikan.
WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik
Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung
BERTUDUNG x semestinya menutup AURAT
tapi menutup AURAT semestinya akan BERTUDUNG
tidak cukup sekadar mengenakan tudung bidang, tudung labuh dan berpurdah syg. jaga hati juga akhlak dan tingkah lakumu.
bukan emas permata yg mencantikkan dirimu wahai muslimah, melainkan yg mencantikkan kalian adalah akhlak mu. dan kekayaan kamu adalah etika mu =)
p/s kadang rasa hilang hormat pada umat yg sempurna pada luaran tapi miliki dalaman, hati, sikap yg tidak sewajarnya. gara2 sikap yg tidak sepatutnya dimiliki personaliti yg ditunjukkan. maaf :)
khas buat kamu: sabar ye.. sikit masa nanti pasti menjadi kenyataan =)
adios~



4 umat doakan syafa bahagia =):
suka ayat dlm entry ni.
WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik
Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung
BERTUDUNG x semestinya menutup AURAT
tapi menutup AURAT semestinya akan BERTUDUNG
nice! =)
@budakijaupendek.. sekadar bkongsi n tuk peringatan diri sdri trutamanya :)
suke yang nih..
WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik
Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung
BERTUDUNG x semestinya menutup AURAT
tapi menutup AURAT semestinya akan BERTUDUNG
---rin nak kongsi kat fb Sahabat Blogger yek..-- ^^
http://bulatmata.blogspot.com/
@RinsyaRyc.. dialu-alukan.. tengs ya :)
Post a Comment