agak2 da lama hidup kat dunia ni kan. so for sure dah terbiasa sangat guna perkataan "topup" ni kan. yela. nak je tiap minggu pegi kedai, beli topup phone kan. ok. topup @ tambah nilai.. ye dak?
tapi topik ni bukan nak cakap pasal tambah nilai kredit phone anda. tapi topup kekurangan. manusia dicipta, dilahirkan dengan kekurangan dan kelebihan tersendiri. bole cek entry banggalah menjadi dirimu..
manusia dan kekurangan memang tak boleh dipisahkan. tapi jangan risau syg, kerana kekurangan tu sebenarnya adalah kelebihan kita. kekurangan tu yg menjadikan kita istimewa. kelemahan itu yg membezakan kita dengan orang lain. kadang2 kekurangan tu yg melebihkan kita berbanding insan lain.
ada sebab kenapa Allah ciptakan manusia secara berpasangan. akak sekelas sy pernah cakap, "target akak memang nak husband yg soleh, high taste kemain lagi. tapi yg ada sekarang takdela sesoleh mana pon. kekurangan dia tu terpaksalah akak yg 'topup'kan.. alhamdulillah, kami bahagia sekarang.."
tanya la sape pon. ada ke yg nak pasangan hidup yg tak beriman kan? for sure kalau tanya kaki samseng, or sape2 yg pernah main dgn laki/ pompuan sebelum kawen pon, bila nak kawen, nak bini/ laki yg soleh/ solehah. kan?
semua sibuk duk kejar pasangan yg baik. tapi seperti yg selalu sy cakap, diri sendiri da cukup baik ke utk dapat pasangan yg baik? renungkan..
kadang2 Allah temukan kita dengan seseorang yg rendah iman/ perkataan lain yg sama waktu dengannya, sebab Dia nak kita berusaha, bawa pasangan ke haluan yg betul. Dia nak uji kita dengan cara tu.
kadang2 Dia kurniakan kita dengan pasangan yg almost perfect. sampai kita terlalu selesa dengan kehidupan kita. tapi tiba2 Dia tarik balik kebahagiaan tu. Dia nak uji kita dengan cara tu pulak.
hakikatnya, perancangan Allah adalah yg terbaik. setiap sesuatu yg ditetapkan, tersembunyi hikmah di pengakhirannya.. yakinlah dengan takdirNya..
Ajal, jodoh, rezeki adalah takdir Allah..usaha itu tadbir oleh manusia.. Walau bagaimanapun manusia berusaha, takdir Allah akan tetap berlaku.. Walau apapun pilihan manusia, takdir Allah tetap terjadi.. kerana walaupun manusia cuba lari dari satu qadar Allah, yang dituju adalah satu qadar Allah juga..
jangan sesekali pandang rendah pada insan yg lemah, kerana seteguh manapun iman seseorang, pasti akan terselit kelemahan jua. jangan pernah sesekali tinggalkan insan yg kita syg kerana kekurangannya, kerana insan lain yg mungkin kita hampiri kelak, turut memiliki kekurangan.
![]() |
| ..Cinta itu ANUGERAH yang TERINDAH.. |
Jika ingin BERCINTA..janganlah cinta pada KELEBIHANNYA, tetapi cintalah pada setiap KEKURANGAN yang ada pada dirinya kerana kekurangan itu yang MEMBEZAKAN dia dengan orang yang lain..
jangan pernah jadikan kekurangan seseorang sebagai alasan untuk menghancurkan hatinya. kelak, insan lain akan melakukan perbuatan sama pada diri kita sendiri. topuplah kekurangannya. jangan pernah cintai seseorang andai belum mampu mencintai kekurangannya. ingat, kita juga miliki kekurangan. belajar untuk menerima kekurangan insan lain. pasti, kelemahan kita juga akan diterima seadanya.. topuplah sebaik mungkin.. kelak kekurangan kita akan turut ditopup oleh pasangan.. apa guna kita lari dari satu kekurangan insan lain yg kita tak sukai, padahal nanti kita pasti akan berhadapan dengan kekurangan lain yg mungkin lagi buruk dari sebelumnya..
so, untuk dapat yg terbaik, jadilah yg terbaik. topuplah sebaik mungkin.. insyaAllah, kebahagiaan itu milik kita bersama..
bersyukurlah. sememangnya kehidupan penuh dengan pilihan. tapi dont expect too much, syg.. percayalah. yakinlah. istikharahlah. insyaAllah. kekurangan itu akan menjadi satu kelebihan.. tiada siapa tahu apa yg akan terjadi hari esok. jangan jadikan hari2 sebelumnya sebagai alasan untuk takut untuk menghadapi hari esokyg tiada siapa tahu perihalnya. ingat, ALLAH IS ALWAYS BY YOUR SIDE..
terimalah seadanya. cintailah seadanya. sayangilah seadanya. kelak kamu juga akan diterima seadanya, dicintai seadanya dan disayangi seadanya..
p/s penat taip laju2. selaju gugusan itu jugak. kenapa? speechless dapat taip selaju ini + sepantas ini idea dan susunan ayat tu datang. maafkan salah silap.. =)
adios~



2 umat doakan syafa bahagia =):
smoga syafa bahagia..terimala kkurgn org lain ;)
@ain dzaya... tengs. insyaAllah.. sama2 doakan kebahagiaan milik kita bersama.. =)
Post a Comment