assalam..
alhamdulillah selamat sampai ke kampung setelah meredah perjalanan jauh dari utara ke pantai timur. terima kasih kepada pihak yg banyak membantu melancarkan perjalanan. first time berdepan dengan hujan yg sangat lebat sampai tak nampak jalan langsung. yg kelihatan hanya lampu2 kereta hadapan. tu pun samar2 je. hati gugup tak semena2. yela. bila jeling driver kat sebelah; "dia ni nampak jalan ke tak. selamba je reaksi", ngomel dalam hati jela. tanak kacau org tengah fokus drive. orang berpengalaman lain skit caranya. ye dak? tak pun saja nak kontrol macho, padahal hati bukan main berdebar kencang. haha. tika tu dalam hati doa memang tak putus. semoga dipermudahkan perjalanan dan selamat sampai ke destinasi masing2. apa pun terima kasih untuk segalanya. =)
rindu pada si cilik sudah sedikit terubat. gelak besau kemain tengok gelagat ica @ yaya@ baby. part ni sy cite len kali okeh. rini juz nak kongsikan artikel yg pernah dibaca, agak tersentuh ekceli. realiti kehidupan..
sekadar mahu berkongsi, sebagai peringatan kepada diri sendiri terutamanya;
sekadar mahu berkongsi, sebagai peringatan kepada diri sendiri terutamanya;
"Keretapi ke Alor Setar akan tiba dalam lima minit lagi."
Kedengaran suara operator memaklumkan pengumuman yang aku nanti-nantikan. Lega hati aku mendengarkan suara operator itu..
"Fuh nasib baik tak ramai orang, dapat aku duduk", hatiku bermonolog.
Kepenatan yang teramat sangat membuatkan aku rasa nak tidur sangat. Waktu itu, suasana di dalam gerabak tidak terlalu sesak dan bising. Hatiku terasa amat tenang. Lama – kelamaan aku terlelap. Tengah syok melelapkan mata.. tiba – tiba aku terjaga.. Kereta api berhenti di perhentian mana aku pun tak pasti. Kelihatan seorang pakcik dan beberapa anak kecil memasuki gerabak yang aku naiki
"aduh kacau orang tido betul lah kereta api ni, cis",getus hatiku.
Tak lama kemudian, pak cik itu duduk di sebelah aku. anak – anak kecil yang tadinya bersama pak cik itu pun duduk di hadapan aku. Mereka kelihatan amat comel dan aktif sekali. Hilang juga rasa penat melihat wajah dan teletah mereka.
"Pak long nak tahu, ini kali pertama kami naik keretapi, seronok sangat Pak Long, terima kasih Pak Long," kata salah seorang dari kanak-kanak itu.
Pakcik itu hanya tersenyum. Seronok betul kanak-kanak itu. Aku pun seronok melihat mereka pada awalnya. Mereka tersangatlah aktif. Tak duduk diam. Sebaik sahaja kereta api itu bergerak. Mereka berlari-lari bagai berada di dunia sendiri. Riuh. Sangat riuh dibuatnya hingga terganggu ketenteraman aku. Suara mereka yang bergelak ketawa menghilangkan kedamaian yang diperlukan oleh jasadku yang letih. Gelagat mereka yang berlari ke sana ke sini tiba – tiba menimbulkan rasa jelik dalam diriku. Tanda protes diri aku yang inginkan ketenangan. Baru sahaja diriku ingin tenang, akhirnya telah hilang pula dek kerana kerenah budak-budak itu.
"Ish budak-budak ni kang, aku dah la penat. Baru je aku nak rasa aman sikit, diorang ni memekak pula, aiyoyo" ngomelku sendirian.
"Ah, aku dah tak tahan ni, baik aku suruh pakcik ni suruh budak-budak ni diam," tak tahan lagi menahan gelagat budak – budak itu.
"Assalamualaikum pakcik," Sapaku.
"Waalaikumussalam," pakcik itu tersenyum simpul.
"Pakcik, saya ingin minta pak cik suruh mereka agar diam sikit boleh tak? Mereka terlalu bisinglah pakcik, rasanya pakcik juga perasan kan?" aku menyatakan permintaanku sesopan yang boleh walaupun dalam hati rasa nak maki je budak – budak tu.
"Hmm, pakcik mengerti perasaan anak ini, tapi pakcik tak tahu bagaimana ingin memaklumkan kepada mereka, pakcik rasa serba salah bagi menghilangkan kegembiraan yang sedang mereka nikmati ini. Minta maaf ye nak"
"Eh pakcik ni, aku nak dia suruh budak-budak tu diam, dia cakap macam tu pula, kata faham perasaan aku, tapi cakap serba salah, pandai pula pak cik ni nak bermain kata dengan aku, nasib la pak cik ni lagi tua dari aku," bebel ku dalam hati
Kemudian, dengan nada yang sungguh sayu, pakcik itu menyambung lagi,
"Sebenarnya nak, pakcik baru sahaja pulang daripada menjemput mereka dari rumah mereka, ibu dan bapa mereka telah terlibat dalam kemalangan siang tadi dan telah selamat dikebumikan oleh pihak masjid, mereka masih tidak tahu mengenai kedua orang tua mereka itu, pakcik tidak tahu bagaimana ingin beritahu mereka. Kasihan mereka nak. Pakcik tak dapat bayangkan kalau pakcik di tempat mereka"
gulpppp..tersentak aku mendengar kata-kata pakcik itu.
"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Maaf ya pakcik. maaf sangat- sangat. Saya tidak tahu. Salam takziah", spontan lidah ku memberi respon.
"Tak mengapa nak, pakcik tahu kamu tidak tahu." Balas pakcik itu.
Kasihan sungguh pada kanak-kanak itu. Mereka kehilangan kedua orang tua mereka pada usia yang sungguh muda. Perasaanku yang seketika tadi tidak senang dengan kerenah mereka, akhirnya bertukar menjadi perasaan simpati di dalam hati. Rasa bersalah menusuk dada ini. Seketika sahaja, perasaanku berubah. Peristiwa ini benar – benar memberi kesan yang amat mendalam dalam hatiku. Ego betul diri aku. Aku selalu sahaja ingin manusia lain memahami keadaan aku, tapi aku langsung tidak cuba untuk memahami situasi orang lain.
"Abdullah, Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai. kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami. Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi" , tiba – tiba nasihat ibu terngiang – ngiang di telinga. Mendalam maknanya.
Peristiwa ini akan ku ingat sampai bila – bila..
sumber: ilmi-islam
p/s selamat hari raya aidil adha. insyaAllah. bukan sekadar korbankan binatang, tapi korbankan juga apa yg sepatutnya demi agama tercinta. hargai sebelum terlambat ya syg.. =)
adios~
sumber: ilmi-islam
p/s selamat hari raya aidil adha. insyaAllah. bukan sekadar korbankan binatang, tapi korbankan juga apa yg sepatutnya demi agama tercinta. hargai sebelum terlambat ya syg.. =)
adios~


0 umat doakan syafa bahagia =):
Post a Comment