Wednesday, November 9, 2011

ya Allah, aku syg dia

assalam



Cinta,
Walaupun ia bertandang tatkala kita tidak bersedia menerimanya,
Di saat itu baru kita sedar rupanya Allah ingin menguji kita dan dia,
Perjalanan untuk ke gerbang pernikahan masih jauh,
Tapi mengapa Allah menguji kita dengan semua ini?
Inilah tanda cinta Allah kepada hambaNya,
Yang ingin menguji sejauh mana keimanan kita,
Adakah kita mampu menjaga segala batas dalam pergaulan,
Ataupun mula membelakangiNya dengan adanya kasih baru

jalan terbaik..

Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah.
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita.
Cintai si dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan..

Jika benar cinta itu kerana Allah.
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah.
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah.
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah...

andai sebaliknya yg terjadi..

Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi,
ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya.
Dasari hikmah-Nya.
Renungi kalimah-Nya.
Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan.
Menyambungkan apa jika ada yang terpisah?
Berpisah pun perit.
Kehilangan itu amat sakit.
Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita dengan-Nya.
Itu adalah cinta teragung.
The greatest love that we gain. =')
What we need the most.

ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa harus tidak percaya atas janji ALLAH?

boleh jadi kamu membenci sesuatu, tapi pada pandangan Allah, ia baik untukmu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu, tapi pada pandangan Allah, ia tidak baik untukmu..

terima hakikat bahawa kita layak untuk diuji, akan menjadikan hati bertambah tenang. kita adalah milik Allah, dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut, dan mesti diuji — kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini..


♥• WAHAI KAUM ADAM..
♥• Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu•.
♥•Bawalah dia ke jalan Allah•.
♥•Nasihatilah dia•.
♥•Perbetulkan kesilapannya•.
♥•Jagalah dia dgn baik•.
♥•Kasihanilah dia•.
♥•Lindungilah dia•.
♥•Berilah kasih syg padanya•.
♥•Hargailah dia•.
♥•Ucapkan terima kasih atas kelebihannya•.
♥•Bersabar dengannya•.
♥•Terimalah & cintailah kekurangannya•.
♥•Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya ♥♥♥♥


p/s Pandanglah semuanya dengan kaca mata dakwah. Didiklah bukan menghukum


adios~

0 umat doakan syafa bahagia =):

cb


ShoutMix chat widget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...