assalam
dear kamu..
terima kasih utk segalanya. mungkin mendung agak lama berlabuh dalam diari kehidupan kita sehingga kita menjadi gundah menunggu hadirnya mentari indah menyinari setiap ruang kehidupan.
alhamdulillah. berkat berharap pada Ilahi akhirnya sinar itu ku temui jua. walau sukar, digagahkan jua utk bekalan di sana nanti. indahnya kehidupan jika kita sentiasa mengikut aturan yg ditetapkanNya bukan. terima kasih kerana menyedarkan sy mengenainya.
dear kamu,
segalanya yg pernah kita lalui bersama satu masa dulu, kini kembali lagi. peristiwa yg sama, tapi tidak serupa. apa kelainannya? jika dulu kita gembira dengannya, gembira itu tidak selalu berpanjangan. jika kita merasa bahagia dengannya, bahagia itu kian tawar.
tapi kini segalanya berubah. gembira yg dirasa seakan nikmat yg tidak terperi. tidak berpenghujung walau kadang hiba sesekali datang. tapi tidak mengapa, kerana Dia sentiasa bersamaku. kini bahagia juga dirasa, tapi bahagia yg lebih bererti. dengan kalimah syukur sentiasa terungkap di bibir, dengan penghayatan akan kekuasaanNya yg kian dirasai. alhamdulillah.
kamu,
sy redha. jika ini hikmah yg dimaksudkan disebalik kesukaran yg kita hadapi, syukur ke hadrat Mu Ya Allah. syukur kerana kembalikan aku ke jalanMu. terima kasih kerana sedarkan aku dari lena yg panjang.
kamu,
mulut bisa ungkapkan apa sahaja. tapi hati ini hanya Dia yg tahu. kadang diri sendiri tidak mampu menafsir apa yg sedang bersarang di benaknya. insyaAllah. jika sudah tersurat buat kita, tiada apa yg mampu mengubah takdirNya.
bersabarlah duhai hati. kelak balasannya insyaAllah akan ada. berusahalah wahai hati. agar si dia kelak mampu memimpinmu ke syurgaNya.
dear kamu,
selamat beramal. didik diri kamu secukupnya dengan ilmu agama sebelum diri dipertanggungjawabkan untuk menjaga insan lain. terima seadanya. insyaAllah bahagia milik kamu dunia akhirat.. =)
p/s bukan orang lain yg perlu berubah mengikut kehendak kita. tapi diri kitalah yg perlu berubah ke arah kebaikan.
adios~
STANZA NYAWA
1 hour ago



0 umat doakan syafa bahagia =):
Post a Comment