Thursday, February 9, 2012

kisah dongeng

salam

macam tajuk lagu stacy plak kan, kisah dongeng. entry kali ni nak cerita pasal kenangan silam. masing2 ada pengalaman tersendiri kan. tipu la kalau takde pengalaman yg memeritkan. kenangan manis dah biasa sangat. bila masuk bab memori yg pahit untuk ditelan, sepatah perkataan tertentu je dah boleh bawak kita kembali melayari ingatan perihal cerita lalu. hebat penangan memori pahit ni kan.


nak tak nak, hidup perlu diteruskan. walau apa jua kesalahan yg pernah kita lakukan dulu, sehingga meragut banyak perasaan dan sebagainya, percayalah, dengan melarikan diri dari masalah tidak akan menyelesaikannya. mungkin diam seketika menjadi ubat terbaik, tapi tiba masanya, kembalilah, hadapi masalah yg telah kita mulakan. selesaikanlah.

ketahuilah, Allah bersifat maha pengampun. tidak perlu menunggu untuk bertaubat. lakukannya sekarang. insyaAllah dengan izin allah, segala kabur akan bertukar rupa menjadi sinar bahagia.

ya. memang perit untuk melupakan kisah lalu meskipun diri sudah bertaubat. seakan memori lampau seringkali menerjah benak ingatan bukan. kuatlah. berfikiran positiflah. hanya itu cara yg terbaik. jangan mudah mengalah, walau kadang kala syaitan menang dalam pertempuran, ayuh, kembali bangkit. jangan sesekali menyerah kalah. jangan ada sikap mudah berputus asa. teruskan melangkah, walau hanya sekadar mampu merangkak. yg penting ada jarak antara diri dahulu dan kini. perubahan. ayuh teguhkan niat, tekadkan iman. melangkah menuju jalan Ilahi.

ya. akan ada pandangan dan kata2 yg menyoroti setiap langkah kita untuk kembali melangkah. biarkan mereka. jangan sesekali patah semangat dek kata2 bisa yg mereka keluarkan. tanamkan dalam diri, kita boleh! biarkan mereka terus dengan dosa2 mereka. ayuh kita mengejar redha Allah. bila tiba masanya, mereka akan menyesali kemunduran mereka. doakan kebaikan untuk mereka. jangan sesekali membalas cercaan dan hinaan mereka. bersabarlah. janji allah pasti tiba.

manusia berubah bukan. yg penting kita berubah ke arah kebaikan. usah gentar dengan masa depan yg masih kabur. usah biarkan diri dibelenggu kenangan lalu. hadapi hari ini seadanya. insyaAllah, kita mampu menempuh hari esok. istighfarlah, tika hati dirundum pilu. berzikirlah andai jiwa seakan kelemahan. berdoalah, Allah akan perkenankan hajat hambaNya.

hanya Dia yg kita ada. kembali pada sang pencipta. itu cinta terbaik. dekatkan diri dengan Allah. bersangka baiklah dengan setiap aturanNya. tiada satu pun ujian yg akan membawa kepada keburukan. segalanya tersimpan segala hikmah. bersabarlah. kelak pelanginya akan muncul jua. bersyukurlah, sememangnya taraf kita sebagai hamba layak untuk diuji. positiflah, sesungguhnya setiap ujianNya sebagai tanda Dia sayangkan kita. redhalah, kerana Dia tahu kita mampu menghadapi setiap ujian yg ditimpakan ke atas kita.



p/s bersangka baiklah. positiflah. bersabarlah. berdoalah. segala sesuatu menjadi mungkin, kerana Allah lebih memahami kita melebihi diri kita. senyumlah =)

adios~

1 umat doakan syafa bahagia =):

Firdaus® said...

Allah itu maha kaya..betul dia yg memahami kita selaku hamba2 nya. =) nice entry...

btw do follow my blog ye~

cb


ShoutMix chat widget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...