perit. sukar. pilihan yg terlalu payah utk dilakukan. namun, pertolongan dan petunjuk Allah jua yg dituruti, sebagai penyuluh kehidupan yg diredhaiNya.
benar. hati ini kuat menyatakan dia insan yg telah ditakdirkan utk bersama melayari langkah2 ke syurga. logik akal membuktikan dialah insan yg dijodohkan utk sama2 berpimpin tangan menuju jannah.
namun, ketika segalanya tampak indah, hari bahagia kian tiba, seakan ada halangan besar yg menjadi penanda aras keimanan diri masing2.
umi, kakak lepaskan dia. bukan utk kepentingan diri semata. kerana kakak tahu, diri kakak mampu menerima dirinya seadanya. walau banyak cacat cela yg mula menimbulkan diri, kakak pasrah, kakak akur dan terima dia seadanya.
tapi, hati kakak merintih hiba, bila mengetahui ada hati lain yg sedang merana tika kakak sedang dibuai bahagia. hati perempuan mana yg tidak terkesan apabila ada insan yg berduka tika kita meraih bahagia.
dia lebih memerlukan. ini keputusan kakak. lillahitaala. semuanya kerana Allah swt. kakak yakin, bila kita gembirakan hati lain, insyaAllah Allah akan kurniakan kita kegembiraan berlipat ganda. tidak mengapa hati ini sakit utk seketika, kerana kakak tahu, sakit balasan di akhirat kelak lagi berganda tidak tertahan.
maafkan kakak kecewakan harapan umi. insyaAllah, bila kita lepaskan sesuatu yg kita amat sayangi, nanti Allah akan kirimkan sesuatu yg lagi bermakna buat kita. kakak pasrah, kakak redha.
"mencintai tidak bererti memiliki" =)
kakak yakin ini adalah bahan ujian tahap keimanan kakak. cukup dengan melihat kebahagiaan yg terpancar hasil sumbangan kita.
"cuba letakkan diri kita di tempat orang lain. dengan cara itu kita akan faham apa yg orang lain rasa"
kakak cuba selami apa perasaan dia. kakak paham memang sakit diperlakukan sedemikian. dan kakak pasti, jika kakak di tempat dia, kakak akan lakukan perkara sama. hasilnya, kakak putuskan dengan keputusan ini.
kakak pasti, telah tertulis nama lain utk kakak di luh mahfuz. itu sebab hati kakak ringan utk melepaskan dia. janji Allah pasti akan tiba.
semoga dia bahagia. semoga kehormatannya terpelihara. semoga kehidupannya sentiasa diberkati Allah swt. itu doa kakak.
umi, hati kakak memang perit. tapi pada masa sama, tika melihat ada senyuman bahagia lain yg akan terpancar dengan pengorbanan kita, hati kembali berbunga. insyaAllah, keputusan kakak betul.
saham kebahagiaan di dunia tak seberapa. akhirat lebih penting. kakak bahagiakan org lain, insyaAllah tepat masa, ketika, keadaan dan siapa, Dia hantarkan kebahagiaan lain buat kakak.
"apa jua yg kita lakukan, pastikan nawaitu lillahitaala" =)
terima kasih kepada yg banyak menyumbangkan pendapat, berkongsi rasa.
sayang kalian selamanya :)
p/s dia lebih memerlukan.. dia lebih berhak.. dia lebih layak =)
adios~




2 umat doakan syafa bahagia =):
aku amik gmbr dalam entry nie! u r the best! insyaAllah, janji Allah pasti..kita doakan kebahagiaan org, org doakan kita pulak =)
gudluck dear
Post a Comment